Pages

Thursday, 3 October 2013

Mesin Larik


MESIN LARIK adalah satu mesin yang digunakan untuk melakukan kerja-kerja seperti memotong selari permukaan sebenar luar atau dalam,menggerudi,memotong benang skru, melulas, menggerek,memotong tirus, melorek, mencanai, mengilap, dan lain-lain. Pemotongan dilakukan dengan menyuapkan mata alat pemotong ke arah bahan kerja yang sedang berpusing. Suapan mata alat dilakukan sama ada selari atau bersudut tepat dengan paksi bahan kerja, Mata alat pemotong boleh juga disuapkan bersudut dengan paksi bahan kerja seperti dalam kerja pemotongan tirus.
KATEGORI MESIN LARIK

Mesin pelarik boleh dijumpai dalam beberapa bentuk dan saiz. Terdapat dua kategori mesin pelarik iaitu :-

Mesin pelarik jentera

jenis bangku
jenis pelarik piawai(konvensional)
jenis toolroom
jenis gap-bed

Mesin Pengeluaran

 Pelarik Turret Pelana
Pelarik Kapstan
Pelarik Automatik
Pelarik Kegunaan Khas
Pelarik N.C dan C.N.C

 JENIS-JENIS MESIN

Terdapat 2 jenis mesin pelarik konvensional dan juga 2 jenis mesin pelarik CNC yang
 digunakan di bengkel DTP, ADTEC  Kulim iaitu:-
1.FAMOT 1000 &1500 - HIGH-PRECISION LATHES
2.PINACHO S-900 – HIGH PRECISION LATHES
3.OKUMA – CNC TURNING
4.GILDEIMESTER CTX-400 – CNC TURNING



2 comments: