Pages

Monday, 7 October 2013

Setiap perkara di dunia ini bermula dengan satu perkataan..'PERKENALAN'..

"SESUNGGUHNYA ORANG YANG PALING RUGI ADALAH ORANG YANG MEMPUNYAI ILMU TETAPI TIDAK DISAMPAIKAN KEPADA ORG LAIN.."
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Tujuan blog ini dicipta adalah untuk berkongsi sedikit ilmu yang ada pada saya dan berharap anda semua dapat berkongsi ilmu anda semua untuk kita sama- sama mempraktikkan dan dapat memberi faedah kepada kita semua.
Secara jujurnya ini adalah blog pertama yang saya hasilkan sepanjang hidup saya dan sepanjang perkenalan saya dengan objek yang bernama LAPTOP ini..hehehehe..
Oleh oitu diharap anda semua dapat membantu saya dengan maklum balas yang membangun supaya saya dapat memperbaiki segala kesilapan dan kekurangan di dalam blog saya ini..

Maka dengan itu, saya merasmikan blog saya sendiri pada hari ini..bismillahirrahmanirahim~

Mesin Kisar

PROSES MENGISAR

Proses mengisar logam adalah satu proses dimana pelbagai

bentuk logam dapat dimesin kepada bentuk yang dikehendaki.

Diantara proses atau operasi yang boleh di jalankan oleh mesin

kisar ialah :

1. Mengisar permukaan rata.

2. Mengisar berbagai-bagai jenis bahu dan alur kunci, lurah T

dan tanggam bajang (dovetail).

3.Mengisar permukaan berbentuk.

4.Mengisar permukaan yang berjarak sama seperti bongkah segiempat sama, bongkah segienam dsbnya menggunakan kepala pembahagi.

5.Membuat kerja-kerja melubang dan menggerek.

JENIS-JENIS MESIN PENGISAR

Mesin pengisar ufuk terdiri daripada dua jenis iaitu:

Mesin pengisar ufuk biasa (plain horizontal)

- meja berkedudukan tetap

Mesin pengisar universal (universal horizontal)

- meja boleh dikilas 45

[image[2].png]

MESIN PENGISAR CNC

Mesin pengisar yang dikawal oleh komputer berangka.

Banyak membantu mempercepatkan lagi pengeluaran dan juga

mendapatkan kejituan yang tinggi.

[image[8].png]

SAIZ MESIN PENGISAR

•Ditentukan dengan 4 cara iaitu:

1.Saiz meja.

2.Jarak meja bergerak.

3.Kuasa kuda.

4.Bentuk dan jenis.

BAHAGIAN-BAHAGIAN MESIN PENGISAR

• Tapak (base)

• Turus (column)

• Lutut (knee)

• Sela (saddle)

• Meja (table)

• Spindal (spindle)

• Overarm

[image[12].png]


 

Thursday, 3 October 2013

Mesin Larik


MESIN LARIK adalah satu mesin yang digunakan untuk melakukan kerja-kerja seperti memotong selari permukaan sebenar luar atau dalam,menggerudi,memotong benang skru, melulas, menggerek,memotong tirus, melorek, mencanai, mengilap, dan lain-lain. Pemotongan dilakukan dengan menyuapkan mata alat pemotong ke arah bahan kerja yang sedang berpusing. Suapan mata alat dilakukan sama ada selari atau bersudut tepat dengan paksi bahan kerja, Mata alat pemotong boleh juga disuapkan bersudut dengan paksi bahan kerja seperti dalam kerja pemotongan tirus.
KATEGORI MESIN LARIK

Mesin pelarik boleh dijumpai dalam beberapa bentuk dan saiz. Terdapat dua kategori mesin pelarik iaitu :-

Mesin pelarik jentera

jenis bangku
jenis pelarik piawai(konvensional)
jenis toolroom
jenis gap-bed

Mesin Pengeluaran

 Pelarik Turret Pelana
Pelarik Kapstan
Pelarik Automatik
Pelarik Kegunaan Khas
Pelarik N.C dan C.N.C

 JENIS-JENIS MESIN

Terdapat 2 jenis mesin pelarik konvensional dan juga 2 jenis mesin pelarik CNC yang
 digunakan di bengkel DTP, ADTEC  Kulim iaitu:-
1.FAMOT 1000 &1500 - HIGH-PRECISION LATHES
2.PINACHO S-900 – HIGH PRECISION LATHES
3.OKUMA – CNC TURNING
4.GILDEIMESTER CTX-400 – CNC TURNING